Lesen Penjaja dan Perniagaan Kecil
- Syarat-syarat Jabatan Bomba
- Mengadakan 9kg Alat Pemadam Api jenis serbuk kering ABD.
 - Alat pemadam api hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji.
 - Semua alat pemadam api hendaklah digantung 1 meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai.
 - Semua jalan keluar hendaklah bebas dari segala halangan dan rintangan.
 
 - Syarat-syarat Jabatan Kesihatan
- Sediakan urinal bagi tandas dan kebersihannya hendaklah diawasi sepanjang masa.
 - Sediakan tempat membasuh dan bersama-sama bahan pencuci.
 - Premis hendaklah dicat semula di luar dan didalam.
 - Sediakan bekalan air yang bersih.
 - Mengadakan permukaan licin dan kalis air seperti tile atau lain-lain bahan yang boleh diterima disekeliling dinding bangunan dari ruang hadapan sehingga ke dapur sekurang-kurangnya lima kaki tinggi.
 - Kebersihan premis/tempat makanan dan kawasan disekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
 - Air basuhan hendaklah disambung terus ke dalam sistem pembetungan.
 - Sediakan grease trap
 - Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan dijaga setiap masa.
 - Sistem pemaritan yang sebenar perlu disediakan dan dijaga kebersihannya.
 - Semua sampah sarap dan sisa-sisa makanan mesti dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
 - Lantai dan dinding premis perlu dimop dan dicuci selalu.
 - Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung.
 - Pemohon dan semua pengendali makanan perlu disuntik TAB atau makan ubat di klinik MBKT.
 - Semua pengendali makanan hendaklah memakai tudung kepala dan apron.
 - Semua pengendali makanan mesti mendaftar untuk hadir kursus Asas Pengendali Makanan.
 - Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa.
 - Pastikan pemohon dan pengendali makanan yang lain berkuku pendek serta tidak berpenyakit berjangkit seperti cirit-birit dan penyakit kulit.
 - Semua barang-barang yang tidak diguna ditegah dilonggok di merata-rata tempat tetapi hendaklah disusun dengan teratur atau dibuang.
 - Semua makanan mentah disimpan dalam setor khas dan yang dimasak disimpan dalam peti sejuk supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
 - Pastikan semua makanan ditudung atau dipamer dalam tempat khas supaya tidak dicemar lalat, lipas dan sebagainya.
 - Semua ramuan-ramuan yang digunakan dalam masakan perlu disimpan dalam bekas-bekas khas dan dilabel.
 - Semua barang-barang yang tidak boleh dimakan dan beracun hendaklah disimpan di tempat atau bilik khas dan dilabel.
 - Dilarang sama sekali meletak barang-barang jualan atau benda-benda lain dikakilima.
 - Halangan atau rintangan dipintu masuk/keluar tidak dibenarkan.
 - Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.
 - Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur/lorong belakang dan di tepi jalan.
 
 

