MENU
 

YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan  Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan perjumpaan dengan petugas-petugas kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Majlis Makan Malam pada 16 Mac 2026 di Depo Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

Majlis menyantuni petugas-petugas kebersihan berkenaan bertujuan untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi  memandangkan mereka merupakan 'back up' kepada kontraktor-kontraktor zon kebersihan yang dijangka  berlakunya peningkatan  lambakan sampah dalam bandaraya Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha dan Encik Mohd Saiful Bahari bin Ramli, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT.

MAJLIS PERJUMPAAN YB. EXCO BERSAMA PETUGAS-PETUGAS KEBERSIHAN MBKT

[ GALERI FOTO ]