Sebagai penghayatan di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengambil kesempatan mengadakan Ceramah Integriti dengan tajuk "Insan-Insan Yang Berjaya Di Bulan Ramadhan".
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Norhisham bin Tuan Padang Al- Idrus.
Turut hadir adalah Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria, Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MBKT, Puan Harni binti Abdul Razak, Pegawai Undang-Undang selaku Pegawai Integriti MBKT, pegawai-pegawai serta kakitangan MBKT.

[ GALERI FOTO ]

