MENU
 

 

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Smart City Project Management Office, PLAN MALAYSIA Terengganu telah menganjurkan program bandar pintar iaitu Terengganu Smart City Activation Day (TSCA) pada 14 Oktober 2025 bertempat di The Langit Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

Selain itu juga,  Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian ( MoA) di antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diwakili oleh Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha MBKT   dengan Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Yousri bin Taibin, Ketua Pegawai Eksekutif  merupakan kerjasama strategik untuk membangunkan intelligent pole pertama di Terengganu.

Lokasi strategik dan ikonik yang dipilih ialah di Menara Jam, Pasar Payang 1. Ia  bakal dilengkapi dengan sistem CCTV, penggera keselamatan,pengecas kenderaan elektrik ( EV) dan lampu solar.

SMART CITY ACTIVATION DAY (TSCA)

[ GALERI FOTO ]