YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan perjumpaan dengan petugas-petugas kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Majlis Makan Malam pada 16 Mac 2026 di Depo Bukit Kecil, Kuala Terengganu.
Majlis menyantuni petugas-petugas kebersihan berkenaan bertujuan untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi memandangkan mereka merupakan 'back up' kepada kontraktor-kontraktor zon kebersihan yang dijangka berlakunya peningkatan lambakan sampah dalam bandaraya Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, Setiausaha dan Encik Mohd Saiful Bahari bin Ramli, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT.

[ GALERI FOTO ]

